Assalammualaikum,untuk kali ini saya mahu menceritakan tentang origami.Origami mengikut Bahasa Jepun ialah ‘ori’ bermaksud melipat dan ‘Gami’bermaksud kertas. Ianya telah menjadi seni rakyat tradisional Jepun dan mula dipopularkanpada pertengahan 1990an. Objektif kesenian origami ini ialah mengubah lembaran datar bahan seperti kertas menjadi patung melalui teknik ganda dan teknik mematung. Ianya tidak menggunakan bahan lain seperti gam. Jumlah lipatan dasar origami adalah kecil tetapi boleh digabungkan dengan kertas lain menggunakan teknik yang pelbagai. Secara umunnya origami adalah selembar kertas persegi yang sisinya mungkin berbeza warna dan dicetak.
Origami
sebenarnya bermula di negeri China pada tahun 100SM oleh Ts’ai Lun. Ts’ai Lun
adalah seorang hamba di Istana China. Perkembangan seni origami ini
kemudiannya mula berkembang.
Pada
tahun 600SM mula berkembang ke Jepun. Seorang sami Buddha bernama Dokyo(
Donch´o) yang merupakan doktor peribadi bagi Ratu Suiko, iaitu
pemerintahan kaisar wanita pada zaman Asuka. Beliau telah membawa seni melipat
ini ke Jepun. Pada abad ke 6 itu jugalah orang-orang Arab yang datang ke China
membawa seni melipat kertas ini ke Sepanyol.
Mereka memperkenalkan model origami berbentuk geometrik.Manakala pada tahun 1797, sebuah sebuah buku tua origami telah diterbitkan bertajuk ‘ Senbazuru Orikata’ yang bermakna
‘ Bagaimana Melipat 1000 Burung undan/Jenjang/Orizuru’. Semasa itu origami dikenali sebagai orikata dalam Bahasa Jepun.
No comments:
Post a Comment